KOMITMEN AHLI-AHLI BIRO KE PEJABAT DAERAH DAN MAJLIS DAERAH KINABATANGAN.






Pada 20 April 2009, Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam Umno Bahagian Kinabatangan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok di Pejabat Daerah Kinabatangan.

Kunjungan itu adalah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa biro berkenaan yang diketuai oleh Ag. Basrih sekaligus memperjelaskan penubuhan Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam.

Ag. Basrih telah memberitahu dimana biro ini akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah rakyat Kinabatangan seperti yang dikehendaki oleh Ketua Umno Bahagian yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Pada majlis itu juga, Abdul Latif turut menerangkan pelbagai isu yang timbul di Daerah Kinabatangan.

Abdul Latif turut mengharapkan kewujudan biro ini dapat membantu dan memberi kerjasama yang baik dalam memastikan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan dilaksanakan dengan baik seperti yang diharapkan oleh rakyat Kinabatangan.

Ag. Basrih telah menyampaikan peti aduan kepada Abdul Latif untuk diletakkan di Pejabat Daerah bagi kemudahan rakyat membuat aduan kepada biro ini.

Majlis itu juga turut menyaksikan penyampaian poster dan kalender Datuk Bung Moktar Radin yang menang bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.