VISI DAN MISI
PENDEKATAN "MENDEKATI RAKYAT DENGAN PEMIMPIN" Sesuai dengan kepimpinan, YB. Datuk Bung Moktar Radin selaku Ahli Parlimen Kinabatangan, Ketua Bahagian Umno Bahagian P.187 Kinabatangan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia yang mahu masalah rakyat ditangani sejajar dengan kepimpinan negara " Rakyat didahulukan, Prestasi ditingkatkan".
Bung Moktar dan Matmin melawat keluarga Allahyarham, Mohd Syafizi di rumah mereka di Kampung Bilit. Kelihatan digambar, ayah Syafizi (dua kanan) dan ibunya (kanan).

B UNG MOKTAR LAWAT KELUARGA KANAK-KANAK MATI LEMAS KAMPUNG BILIT

KINABATANGAN : Hasrat Suffian Mohd Din untuk membeli sehelai pakaian, kasut roda serta gula-gula getah warna oren dan kuning yang di kehendaki Allahyarham anaknya, Mohd Syafizi yang merupakan mangsa lemas selepas terjatuh dari jeti di Kampung Bilit pada 23 Julai lepas, tidak kesampaian.

Suffian serta isterinya, Azizah Haji Kamrun amat terharu dan sedih selepas kehilangan anak bongsu mereka yang memiliki sikap mudah tersenyum dan manja itu.

Walaubagaimana pun, Suffian yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah di kampung berkenaan memberitahu walaupun ia satu perkara yang sukar untuk dilupakan tetapi kami sekeluarga redah dengan pemergian allahyarham.

` Allahyarham yang lebih manja dipanggil Fizi ada membuat satu permintaan yang mana mahu memiliki sepasang kasut roda, sehelai pakaian serta gula-gula getah berwarna oren dan kuning sebelum Fizi hilang dari pandangan saya semasa menjalankan tugas di sekolah yang hanya terletak lebih kurang 200 meter dari rumah mereka’, katanya.

Walaupun kelopak mata Suffian kelihatan berair untuk menceritakan kejadian itu, beliau tetap meneruskan ceritanya sambil berkata Allahyarham Fizi pada pagi itu (23 Julai 2009) telah keluar dari rumah untuk bertemu dengan saya yang sedang bertugas oada masa itu.

` Tidak ada sebarang perubahan yang berlaku pada allahyarham pada hari berkenaan cuma ia berhasrat untuk memiliki kasut roda, sehelai pakaian dan gula-gula getah berkenaan’, katanya sambil memberitahu permintaan anak kesayangan itu itu terpaksa ditanggungkan kerana belum mendapat wang yang cukup untuk membelinya.

Suffian berkata allahyarham yang memahami kata-katanya itu telah bersetuju untuk menanggukan kemahuannya (allahyarham) sebelum allahyarham bermain dengan seorang rakan sebayanya di kawasan lapang bersebelahan dengan sekolah tempat saya bertugas dan terletak tidak jauh dari jeti tempatnya terjatuh.

` Allahyarham merupakan seorang anak yang istimewa dimana sejak lahir sahaja ia telah memiliki sebatang gigi di bahagian hadapan begitu faham dengan keadaan keluarganya terutamanya kepada saya yang hanya berpendapatan rendah sebagai pengawal manakala ibunya sebagai ` House Sekeeping’ di sebuah resort pelancongan berhampiran’, katanya.

Beliau berkata kehadiran Allahyarham ke kawasan sekolah untuk bertemu saya adalah satu perkara yang rutin dilakukannya ekoran abang serta kakaknya iaitu Mohd Khadafih Izlan , 11, Suzairi , 10 , Khalidah,8, sedang bersekolah.

` Manakala ibunya juga pergi bekerja. Saya lah yang akan bersamanya sementara menunggu abang dan kakaknya balik dari sekolah’, katanya.

Suffian terkejut selepas Allahyarham difahamkan telah terjatuh dari jeti tempatnya bermain dan dihanyutkan air deras.

` Usaha untuk mencari Allahyarham Fizi yang baru genap umur empat tahun pada hari kejadian itu (23 Julai) telah dibantu oleh semua penduduk kampung , pihak polis dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat dari Sandakan’, katanya.

Beliau berkata Kakaknya, Kalidah telah bermimpi pada sebelah malam hari kejadian yang mana adiknya itu terjatuh kerana mengejar sebelah seliparnya yang telah terjatuh ke sungai.

` Saya amat terkejut apabila diberitahu mengenai mimpi itu. Saya tahu allahyarham mesti ketakutan dimarah oleh saya kerana saya sering menasihati allahyarham agar menjaga diri sendiri terutamanya barang-barang milik allahyarham jangan hilang dan badan serta pakaian sentiasa bersih walaupun keluar bermain’, katanya sambil memberitahu kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar diketemukan dengan anak bongsunya itu.

Pada 25 Julai lebih kurang jam 6 pagi , beliau memberitahu semasa ia bersama dua pakcik allahyarham menaiki sebuah bot bagi melakukan pencarian yang menyurusi sungai Kinabatangan tidak jauh dari lokasi kejadian telah didatangi satu perasaan yang mahu melakukan pencarian di seberang sungai berkenaan.

` Semasa menyeberang sungai itu, perahu yang kami naiki telah terlanggar sesuatu dan apabila saya melihatnya iatu adalah mayat allahyarham Fizi berdasarkan baju yang dipakainya’, katanya.

Beliau berkata walaupun ia satu memilukan dan menyayat hati tetapi jenazah allahyarham perlu disempurnakan .

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin meminta keluarga itu agar banyak-banyak bersabar dan berdoa agar arwah allahyarham dicucuri rahmat.

` Kami faham apa yang dilalui oleh keluarga ini kerana mereka sudah berusaha mencari anak keempat mereka itu walaupun terpaksa menerima akikat kehilangannya kerana Allah lebih menyayanginya’, katanya.

Bung Moktar turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga berkenaan bagi meringankan beban mereka.

Turut bersama dalam lawatan itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan Matmin Etin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kinabatangan Basrih Haji Osman, Bendahari Umno Bahagian Kinabatangan Raiyah Rafaie dan para pemimpin di kawasan itu.

tamat
video

SANDAKAN, 17 Jun -- Pengerusi Biro Aduan Awam UMNO Kinabatangan, Ag Basrih Osman menunjukkan kedua-dua ganggang telefon awam yang tidak berfungsi meskipun dalam keadaan baik ketika ditemui BERNAMA di Kampung Abai Ulu Sungai Sukau di sini, hari ini.
Menurut beliau, telefon itu dipasang sejak tiga tahun lalu, namun ia tidak dapat digunakan kerana telefon yang menggunakan peralatan satelit itu tidak diaktifkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Justeru itu, Ag Basrih memohon supaya telefon itu diaktifkan semula untuk memudahkan penduduk di kampung itu menggunakan kemudahan yang disediakan.
Kampung Abai terletak di pedalaman Sukau Kinabatangan dengan mempunyai lebih 1,500 penduduk yang masih memerlukan keperluan asas seperti telefon awam, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan klinik kesihatan.
-- fotoBERNAMA

KINABATANGAN : Pengerusi Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam Umno Kinabatangan, Awang Basrih Haji Osman meminta pihak berwajid terutamanya pihak Telekom Berhad agar memperbaiki perkhidmatan telefon awam yang diletakkan di kawasan sekolah di luar bandar.

` Dalam beberapa tinjauan yang dibuat oleh biro ini selepas menerima aduan orang awam dan penduduk kampung mendapati semua telefon luar bandar di daerah ini tidak berfungsi’, katanya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kinabatangan menjelaskan dimana usaha kerajaan dalam meningkatkan kemudahan awam seperti telefon awam dikawasan luar bandar ini telah terbantut ekoran tiada penyelenggaraan yang baik dari pihak dipertanggungjawabkan.

` Kita amat kesal dengan sikap pihak ini yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sedangkan menyediakan segala kemudahan ini menelan belanja jutaan ringgit’, katanya.

Basrih berkata perkhidmatan telefon awam ini adalah amat perlu kepada penduduk di kawasan luar bandar.

` Ini juga merupakan salah satu penghubung penting penduduk kampung dan tidak sewajarnya perkhidmatan itu tiada penyelenggaran dari pihak Telekom Berhad’, katanya.

Basrih berkata beberapa aduan lain juga berkaitan perkhidmatan telefon ini telah diterima oleh pihaknya termasuk masalah perkhidmatan talian CDMA.

Beliau meminta pihak bertanggungjawab agar melaksanakan tanggungawab seperti yang diamanahkan oleh kerajaan dengan baik demi kepentingan rakyat.

Tamat.



(Utusan Borneo)
Oleh : YUSOP TEPPO

Menyediakan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Kinabatangan merupakan misi Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang mahu melihat rakyatnya terkeluar dari garis
kemiskinan.

Parlimen Kinabatangan yang mempunyai keluasan 1,759,380 hektar dengan memiliki 21 kampung di kepulauan Sandakan.

Rakyat Kinabatangan sememangnya masih memerlukan pembangunan dan perhatian dari kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran rata-rata rakyatnya hanya bekerja sebagai petani dan nelayan tempatan.

Kawasan Parlimen Kinabatangan yang mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN ) iaitu DUN Kuamut dan DUN Sukau dengan jumlah penduduk 187,930 orang serta 165 buah kampung keseluruhan.

Tidak ramai yang tahu dimana rakyat Kinabatangan masih tidak memiliki rumah yang selesa ekoran kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Bekalan elektrik dan bekalan air bersih juga masih tidak dimiliki oleh penduduk di kawasan luar bandar ini.

Oleh itu, Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia telah membawa turun padang Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri , Tan Sri Khalid Ramli bagi melihat sendiri keadaan kehidupan penduduk selama dua hari di empat buah kampung dipersisiran pantai dan tujuh buah kampung di daratan.

Usaha ini adalah untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik terutamanya rumah kediaman iaitu Perumahan Baru Rakyat (PBR) , jalan kampung, bekalan elektrik, bekalan air, dewan, jambatan konkri dan sebagainya.

Kemudahan-kemudahan ini merupakan kemudahan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Kinabatangan walaupun hanya mendapat sedikit kemudahan itu mereka melahirkan rasa syukur kerana kerajaan BN mengambil perhatian kesusahan mereka.

Bung Moktar ketika ditemubual para pemberita memberitahu 20 peratus masalah yang ia bawa ke dewan rakyat telah pun diselesaikan oleh ICU melalui ketua pengarahnya.

` Kita begitu bersyukur dimana dengan kelulusan dan pertimbangan yang dibuat oleh Tan Sri Khalid mengenai masalah dihadapi oleh penduduk disini yang mampu mengubah serba sedikit senario pembangunan di Parlimen Kinabatangan ini’, katanya.

Beliau menegaskan dimana masalah bekalan air bersih dan bekalan elektrik masih lagi dihadapi oleh penduduk kampung yang sememangnya memerlukan kemudahan asas berkenaan.

` Kita juga melihat masalah di beberapa kampung di kawasan kepulauan yang mana keperluan jambatan konkrit , balairaya, klinik kesihatan, membaikpulih surau , PBR dan jambatan kayu ‘, katanya.

Bung Moktar menambah pihaknya juga memberi tumpuhan kepada PBR yang mana dianggarkan 50 hingga 60 buah rumah PBR lagi akan dibina di parlimen ini.

` Kita mahu rakyat yang masih memerlukan rumah diberi rumah kediaman yang lebih selesa dan sekaligus dapat meningkatkan ekonomi keluarga penduduk itu sendiri’, tegasnya yang mahu rakyat terus memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam memastikan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan terus berjalan seiring dengan kehendak dan kemahuan rakyat itu sendiri.

Beliau berkata permintaan jalan-jalan kampung juga telah mendapat perhatian yang serius oleh pengarah ICU ini yang mana beberapa buah kampung akan diberi kemudahan terbabit sedikit masa lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Khalid Ramli berkata pihaknya sedang mengambil laporan segala permasalahan dan tindakan pertimbangan akan diambil dalam memastikan rakyat di kawasan ini menikmati kemudahan asas dan kemudahan-kemudahan lain .

` Program turun padang ini seluruh Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada rakyat di dua negeri itu’, katanya.

Khalid berkata pendekatan melalui Projek Champion untuk ternakan lintah akan dianjurkan di daerah ini serta melibatkan keluarga-keluarga yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan menyertainya untuk membantu menjana pendapatan mereka.

Beliau bersama tiga lagi pegawai atasan dari ICU telah mengadakan sesi lawatan ke beberapa buah kampung di pedalaman daerah Kinabatangan dan Tongod yang bermula dari Jumaat (kelmarin) dan berakhir hari ini telah melihat adanya potensi yang cerah dalam menjayakan projek ternakan lintah yang sudah pun bermula dan diusahakan oleh beberapa orang penduduk secara kecil-kecilan.

"Saya tertarik dengan beberapa Program Peningkatan Pendapatan (PPP) untuk membantu meningkatkan ekonomi penduduk yang kurang bernasib baik dan tadi kita telah menganjurkan satu pendekatan melalui projek champion untuk ternakan lintah dan lain-lain lagi yang melibatkan keluarga kurang mampu untuk menjana ekonomi mereka,"katanya.

PPP lain yang telah mula diusahakan selain dari lintah juga termasuklah projek penanaman halia, projek penanaman ubi kayu, ternakan ikan sangkar, dan kedai runcit.

Namun PPP yang telah dijalankan kurang mencapai matlamat kerana berlakunya kekangan pembangunan di daerah ini seperti masalah bekalan air bersih dan bekalan elektrik.

Untuk itu, Khalid berkata beliau akan memastikan kemudahan ameniti sosial turut dipenuhi kerana sekali gus ia akan membantu penduduk berusaha meningkatkan pendapatan ekonomi dengan menjalankan PPP tanpa sebarang masalah.

"Sambil kita menyediakan kemudahan asas, kita juga dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk," tambahnya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Pulau Lubukan, Damit Nasir berkata kehadiran para pemimpin terutama Tan Sri Khalid dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin telah membawa satu lagi sinar baru kepada pembangunan di kampung ini.

` Kami begitu bersyukur kepada para pemimpin ini yang berusaha menyediakan kemudahan asas kepada penduduk disini termasuklah penyediaan PBR’, katanya.

Sebelum lawatan dua hari itu, Khalid dan Bung Moktar telah diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok disebuah hotel terkemuka disini .

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Matusin Songsang, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Jeffry Ariffin, Naib Ketua Bahagian Azman Mastar, Ketua Pemuda Umno Bahagian Matmin Etin, pegawai-pegawai kerajaan di kawasan itu.

Tamat

SANDAKAN : Matlamat Pensifaran Kemiskinan Tegar perlu dicapai oleh semua penduduk di seluruh kawasan Kinabatangan, kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin kepada Tan Sri Khalid Ramli Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Projek, Jabatan Perdana Menteri di dalam sesi Taklimat Pembangunan dan Program Pembasmian Kemiskinan Daerah Kinabatangan, di sini.

"Kita mahu masalah pembangunan dan kemiskinan penduduk di seluruh kawasan ini dapat diselesaikan, dan dengan kehadiran Tan Sri ke sini maka dapatlah merasakan sendiri permasalahan yang dialami rakyat sekali gus kita mahu mencapai pensifaran kemiskinan tegar di daerah ini," kata Bung Moktar pada sesi taklimat pembangunan itu..
Tan Sri Khalid yang hadir bersama tiga pegawainya di bawah ICU mendengar Taklimat Pembangunan dan Program Pembasmian Kemiskinan yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Latiff Kandok yang menerangkan secara terperinci masalah-masalah pembangunan dan kemiskinan yang dialami oleh penduduk-penduduk kampung di daerah ini.
Antara masalah pembangunan yang dialami oleh penduduk kampung di daerah ini adalah masalah bekalan air bersih luar bandar, masalah bekalan elektrik, masalah jalan raya dan jambatan lorong kaki.
Rentetan itu, sebanyak RM126 juta peruntukan diperlukan untuk menjalankan operasi penyelenggaraan, pemasangan, dan pelaksanaan projek seperti membaiki jambatan lorong kaki, pemasangan elektrik, dan pemasangan paip untuk membekalkan air bersih kepada penduduk kampung.
Manakala untuk mengatasi kemiskinan di kawasan Kinabatangan pula, peruntukan kewangan diperlukan untuk mambantu penduduk mengusahakan bidang pertanian dan ternakan dengan lebih efisien lagi khususnya dalam penanaman halia, ternakan lintah, dan sebagainya.
Berdasarkan laporan dari Pejabat Daerah Kinabatangan, seramai 2,368 catatan yang diperolehi merupakan ketua isi rumah termiskin (KIRT) di seluruh kawasan daerah Kinabatangan.
Manakala lebih kurang 2,000 permohonan penduduk memerlukan bantuan rumah melalui pakej Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Bagi memastikan masalah yang dihadapi penduduk kampung, rombongan parlimen Kinabatangan akan membawa Tan Sri Khalid dan pegawainya melawat beberapa buah kampung di sekitar daerah Kinabatangan seperti Pulau Lubukan, Tongod, dan Tanjung Aru untuk melihat sendiri kesusahan penduduk.
Dengan keluasan 1,759,380 hektar kawasan Kinabatangan yang meliputi daerah Kinabatangan, Tongod, dan 29 buah pulau di pesisir timur merupakan sebuah daerah yang luas dan mempunyai sejumlah 78 buah kampung.
Turut hadir di dalam taklimat adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Jeffry Ariffin, Naib Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan Azman Mastar dan semua ahli-ahli jawatankuasa parlimen tersebut.

Tamat.







KINABATANGAN : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin akan meminta Jabatan Tanah Dan Ukur agar menarik balik permohonan pemilikkan tanah sekiranya pemohon-pemohon tanah di Parlimen Kinabatangan didapati menjual tanah mereka.

Beliau berkata ini adalah satu cara kita membendung penjualan tanah milik penduduk tempatan yang menimbulkan pelbagai masalah di kawasan ini.

` Banyak masalah permohonan tanah berlaku di kawasan parlimen ini yang telah menimbulkan kesulitan kepada rakyat’, katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dengan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah di Kampung Paris 3 , pagi kelmarin.

Bung Moktar turut memberi amaran terhadap penduduk tempatan di kawasan parlimennya yang menjual tanah agar tidak menjual tanah milik mereka sebelum ditarik balik oleh pihak kerajaan.

` Jangan kita menjadi penduduk yang di kawasan ini tidak memiliki tanah akibat sikap tamak dengan menjual tanah miliki mereka kepada orang lain’, katanya.

Mengenai majlis bersama rakyat ini, Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menjelaskan majlis ini diadakan adalah untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di parlimen ini.

` Kita tidak mahu masalah tanah ini berlanjutan dan menimbulkan permasalahan terhadap rakyat yang telah dihadapi oleh mereka sekian lama’, katanya.

Beliau menambah usaha ini dilakukan agar penduduk tempatan di kawasan ini agar dapat menyelesaikan masalah pemilikkan tanah mereka.

` Kita membawa turun padang Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur, Datuk Osman Jamal untuk melihat sendiri masalah tanah penduduk kampung’, katanya.

Bung Moktar berkata kerjasama yang baik dari pengarah jabatan ini adalah amat dihargai dalam usaha kita untuk membantu rakyat yang bermasalah terutamanya mengenai tanah.

` Ini adalah hasrat yang sememangnya dikehendaki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kita menyelesaikan masalah rakyat yang tidak pernah selesai sekian lama’, katanya sambil menjelaskan keutamaan kita adalah untuk rakyat.

Beliau juga kesal dengan setengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap penduduk kampung dan sewwajarnya pihak berkenaan membantu bukannya mengambil kesempatan.

` Oleh itu, agensi kerajaan yang terlibat seharusnya melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membantu rakyat di kawasan ini’, katanya.

Sementara itu, Datuk Osman Jamal yang telah mendengar semua permasalahan itu berkata ini sewajarnya tidak lagi berlaku.

` Masalah merobohkan rumah seperti yang berlaku seharusnya tidak dilakukan kerana pada zaman moden ini lagi’, katanya.

Beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tanah yang diajukan oleh penduduk kampung kepada pihaknya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Latif Kandok, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Jeffry Ariffin, Naib Ketua Umno Bahagian Azman Mastar dan para pemimpin di kawasan berkenaan.

Tamat.
TINJAUAN BERSAMA DATUK BUNG MOKTAR RADIN KE TAMAN PERUMAHAN LPPB



TINJAUAN BERSAMA DATUK BUNG MOKTAR RADIN KE PPRT DI BUKIT GARAM



Agensi kerajaan perlu menyelesaikan segera permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dalam memastikan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutamanya di kawasan luar bandar lebih berkesan.

Setiap permasalahan yang diajukan oleh rakyat perlulah diambil perhatian dan diambil tindakan segera dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

Itulah yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semasa membuat tinjauan ke taman perumahan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ,keduanya terletak di Bukit Garam, Kinabatangan yang menghadapi masalah.

Bung Moktar melahirkan rasa kesal dengan pihak yang bertanggungjawab dimana tidak mengambil perhatian yang serius walaupun permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan itu telah diajukan beberapa kali.

` Permasalahan penduduk di taman perumahan LPPB itu yang diajukan adalah kerosakkan yang berlaku tidak diperbaiki, bekalan air walaupun telah dibayar tidak dipasang dan sistem perparitan yang tidak diselenggarkan’, katanya.

Katanya, banyak rumah di taman perumahan LPPB itu yang belum di diami pemiliknya lagi telah mengalami kerosakkan.

Beliau menegaskan dimana perkara ini sewajarnya tidak berlaku sekiranya permasalahan yang diajukan itu diambil perhatian dan tindakan segera oleh agensi berkenaan.

` Manakala permasalahan penduduk di 14 buah rumah PPRT pula dimana tidak memiliki bekalan elektrik dan air bersih walaupun telah siap lebih tiga tahun yang lepas’, katanya.

Bung Moktar menjelaskan 14 keluarga itu telah menduduki rumah PPRT itu tanpa memiliki bekalan air bersih dan elektrik walaupun terletak hanya lebih kurang tiga kilometer dari pekan Bukit Garam.

` Berhampiran tapak perumahan PPRT ini, lebih 15 buah rumah PPRT lagi sedang dalam pembinaan oleh pihak kontraktor yang dilantik’, katanya.

Beliau khuatir dimana nasib yang sama akan menimpah keluarga yang bakal ditempatkan di rumah PPRT yang akan siap lebih kurang tiga bulan lagi itu.

` Perkara ini telah pun diajukan berulang kali kepada pihak berwajib, sewajarnya permasalah di perumahan LPPB dan perumahan PPRT itu telah diselesaikan’, katanya.

Sebelum itu, Bung Moktar meminta rakyat dikawasannya yang menghadapi masalah yang berkaitan agensi kerajaan agar mengajukan maslah mereka itu kepada Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam Umno Bahagian Kinabatangan yang dipengerusikan oleh Pegawai Khasnya, Basrih Haji Osman.

` Biro ini diwujudkan adalah sebagai penghubung rakyat kepada agensi-agensi kerajaan dalam melicinkan tugas-tugasnya sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatangan’, katanya.

Beliau menjelaskan ini adalah sejajar dengan konsep dan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

` Ini bukannya lagi masa kita sebagai pemimpin atau wakil rakyat dan pegawai kerajaan untuk goyang kaki di pejabat, sebaliknya kita turun padang untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan kita’, tegasnya.

Bung Moktar mahu semua biro yang diwujudkan di Umno Bahagian Kinabatangan terutamanya Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam ini memainkan peranan dan fungsi masing-masing dalam membantu rakyat di Kinabatangan.

Beliau turut memuji langkah yang dilakukan oleh Biro Hal Ehwal dan Aduan Awa mini yang mewujudkan peti aduan dan blognya sendiri .

` Ini bukan sahaja memudahkan pihaknya mengenalpasti permasalahan rakyat sekaligus mendidik rakyat agar tidak celik Teknologi Maklumat (IT)’, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Dan Aduan Awam Umno Bahagian Kinabatangan, Basrih Haji Osman berkata rakyat Kinabatangan boleh menghantar aduan dan permasalah mereka ke peti aduan yang disediakan oleh biro ini yang diletakkan di empat lokasi iaitu di Pejabat Daerah Kinabatangan, Majlis Daerah Kinabatangan, Pejabat Daerah Kecil Tongod dan Hospital Daerah Kinabatangan.

` Mereka juga boleh menghantar email ke alamat emal biro ini iaitu biroaduanumnokinabatangan@gmail.com atau melayari blog, http://biroaduanumnokinabatangaan.blogspot.com untuk keterangan lanjut ’, katanya sambil memberitahu dimana aduan juga boleh melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau menghubunginya melalui talian .

Basrih menjelaskan setiap aduan yang dikemukakan akan disiasat kebenarannya sebelum diajukan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan.

TAMAT

Tidak lupa tanggungjawab…… Pengerusi Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam Umno Kinabatangan, Ag. Basrih Osman sedang membaca surat aduan yang diterima walaupun sedang berada diatas bot menuju Pulau Lubukan.













SANDAKAN : Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam UMNO Kinabatangan mengambil langkah proaktif menubuhkan laman blog biro dalam usaha menambahbaik organisasi sehingga ke peringkat akar umbi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Bung Moktar Radin berkata laman blog tersebut berupaya menjadi medium yang sesuai ke arah membawa perubahan dan memantapkan lagi parti agar kekal relevan sebagai jentera pentadbir negara.

` Maklum balas dan teguran yang diterima daripada orang awam melalui blog berkenaan secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran di kalangan ahli UMNO dan pemimpin masyarakat untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dengan telus ‘, katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Blog dan Penyampaian Peti Aduan Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam UMNO Kinabatangan di , Hotel 2 in 1 di Bandar Fajar, kelmarin.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berkata , perhatian serius perlu diberikan terhadap UMNO serta BN yang kini dikecam hebat oleh dakyah parti pembangkang. Dalam menghadapi fenomena tersebut, beliau dengan tegasnya menyeru agar setiap pergerakan UMNO mengambil apa jua pendekatan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian utama.

Justeru, beliau berharap pendekatan tersebut dapat membantu merealisasikan matlamat kerajaan yang mahukan agar rakyat dijadikan agenda utama dalam pentadbiran negara.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kinabatangan ini mahu masyarakat peka terhadap gelombang komunikasi digital terutama dalam pengunaan laman web dan blog.

Beliau berkata dunia tanpa sempadan kini tidak membataskan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar termasuk di Kinabatangan yang kini pesat membangun.

” Kita perlu peka kerana komunikasi di laman-laman web dan terutama pengunaan blog yang meluas adalah satu gelombang yang begitu popular di kalangan masyarakat di negara ini,”katanya.

Bung Moktar berkata ia sudah menjadi satu trend kepada budaya masyarakat kini mengunakan blog sebagai satu ruang bicara berkomunikasi secara cepat dan mudah di era zaman tanpa sempadan ini.

Oleh itu, katanya masyarakat Kinabatangan tidak harus ketinggalan dalam menguasai bidang komunikasi ala baru ini.

” Blog satu lagi trend budaya masyarakat kini. Kita boleh melontarkan apa juga masalah yang berkaitan dan apa yang ingin diutarakan melalui blog,”katanya lagi.

Orang awam boleh mendapatkan borang aduan di Pejabat Perhubungan UMNO Bahagian Kinabatangan, Pejabat Daerah Kinabatangan, Majlis Daerah Kinabatangan, dan Hospital Daerah Kinabatangan. Borang aduan tersebut akan mula diedarkan awal Jun depan. Selain itu, aduan juga boleh disalurkan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hantar ke talian 019-8733727 atau menghantar e-mel ke biro aduanumnokinabatangan @ gmail.com atau melayari laman blog, www.biroaduanumno kinabatangan .blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Jeffry Ariffin, Naib Ketua Umno Bahagian Azman Mastar, Ketua Wanita Bahagian Datuk Hajjah Napsah Pg. Galpam, Ketua Pemuda Bahagian Matmin Etin dan para pemimpin Umno zon lima.

tamat


ANDA BOLEH MEMBUAT ADUAN DI LOKASI YANG TERDAPATNYA PETI ADUAN BIRO HAL EHWAL & ADUAN AWAM di Pejabat Daerah Kinabatangan, Majlis Daerah Kinabatangan, Pejabat Daerah Kecil Tongod dan Hospital Daerah Kinabatangan.
hantar aduan anda ke email, biroaduanumnokinabatangan@gmail.com atau melayari blog, biroaduanumnokinabatangan.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Aduan juga boleh dihantar melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telefon bimbit anda dan hantar ke nombor 019-8733727 atau menghubungi menghubungi telefon bimbit berkenaan bagi menyalurkan aduan.
KOMITMEN AHLI-AHLI BIRO KE PEJABAT DAERAH DAN MAJLIS DAERAH KINABATANGAN.






Pada 20 April 2009, Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam Umno Bahagian Kinabatangan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok di Pejabat Daerah Kinabatangan.

Kunjungan itu adalah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa biro berkenaan yang diketuai oleh Ag. Basrih sekaligus memperjelaskan penubuhan Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam.

Ag. Basrih telah memberitahu dimana biro ini akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah rakyat Kinabatangan seperti yang dikehendaki oleh Ketua Umno Bahagian yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Pada majlis itu juga, Abdul Latif turut menerangkan pelbagai isu yang timbul di Daerah Kinabatangan.

Abdul Latif turut mengharapkan kewujudan biro ini dapat membantu dan memberi kerjasama yang baik dalam memastikan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan dilaksanakan dengan baik seperti yang diharapkan oleh rakyat Kinabatangan.

Ag. Basrih telah menyampaikan peti aduan kepada Abdul Latif untuk diletakkan di Pejabat Daerah bagi kemudahan rakyat membuat aduan kepada biro ini.

Majlis itu juga turut menyaksikan penyampaian poster dan kalender Datuk Bung Moktar Radin yang menang bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.





Pada hari yang sama, kunjungan hormat jawatankuasa biro ini juga turut dilakukan bertemu Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Harun Haji Ariffin sebagai sesi suai kenal sekaligus menyampaikan peti aduan dan poster Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang menang merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Mesyuarat biro buat kali kedua di Pejabat Umno Bahagian Kinabatangan bagi membincangkan aktiviti dan hal-hal berkaitan aduan rakyat Kinabatangan. Kelihatan digambar, Basrih sedang memberi penjelasan mengenai tatacara dan kod amalan biro.