Bung Moktar dan Matmin melawat keluarga Allahyarham, Mohd Syafizi di rumah mereka di Kampung Bilit. Kelihatan digambar, ayah Syafizi (dua kanan) dan ibunya (kanan).

B UNG MOKTAR LAWAT KELUARGA KANAK-KANAK MATI LEMAS KAMPUNG BILIT

KINABATANGAN : Hasrat Suffian Mohd Din untuk membeli sehelai pakaian, kasut roda serta gula-gula getah warna oren dan kuning yang di kehendaki Allahyarham anaknya, Mohd Syafizi yang merupakan mangsa lemas selepas terjatuh dari jeti di Kampung Bilit pada 23 Julai lepas, tidak kesampaian.

Suffian serta isterinya, Azizah Haji Kamrun amat terharu dan sedih selepas kehilangan anak bongsu mereka yang memiliki sikap mudah tersenyum dan manja itu.

Walaubagaimana pun, Suffian yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah di kampung berkenaan memberitahu walaupun ia satu perkara yang sukar untuk dilupakan tetapi kami sekeluarga redah dengan pemergian allahyarham.

` Allahyarham yang lebih manja dipanggil Fizi ada membuat satu permintaan yang mana mahu memiliki sepasang kasut roda, sehelai pakaian serta gula-gula getah berwarna oren dan kuning sebelum Fizi hilang dari pandangan saya semasa menjalankan tugas di sekolah yang hanya terletak lebih kurang 200 meter dari rumah mereka’, katanya.

Walaupun kelopak mata Suffian kelihatan berair untuk menceritakan kejadian itu, beliau tetap meneruskan ceritanya sambil berkata Allahyarham Fizi pada pagi itu (23 Julai 2009) telah keluar dari rumah untuk bertemu dengan saya yang sedang bertugas oada masa itu.

` Tidak ada sebarang perubahan yang berlaku pada allahyarham pada hari berkenaan cuma ia berhasrat untuk memiliki kasut roda, sehelai pakaian dan gula-gula getah berkenaan’, katanya sambil memberitahu permintaan anak kesayangan itu itu terpaksa ditanggungkan kerana belum mendapat wang yang cukup untuk membelinya.

Suffian berkata allahyarham yang memahami kata-katanya itu telah bersetuju untuk menanggukan kemahuannya (allahyarham) sebelum allahyarham bermain dengan seorang rakan sebayanya di kawasan lapang bersebelahan dengan sekolah tempat saya bertugas dan terletak tidak jauh dari jeti tempatnya terjatuh.

` Allahyarham merupakan seorang anak yang istimewa dimana sejak lahir sahaja ia telah memiliki sebatang gigi di bahagian hadapan begitu faham dengan keadaan keluarganya terutamanya kepada saya yang hanya berpendapatan rendah sebagai pengawal manakala ibunya sebagai ` House Sekeeping’ di sebuah resort pelancongan berhampiran’, katanya.

Beliau berkata kehadiran Allahyarham ke kawasan sekolah untuk bertemu saya adalah satu perkara yang rutin dilakukannya ekoran abang serta kakaknya iaitu Mohd Khadafih Izlan , 11, Suzairi , 10 , Khalidah,8, sedang bersekolah.

` Manakala ibunya juga pergi bekerja. Saya lah yang akan bersamanya sementara menunggu abang dan kakaknya balik dari sekolah’, katanya.

Suffian terkejut selepas Allahyarham difahamkan telah terjatuh dari jeti tempatnya bermain dan dihanyutkan air deras.

` Usaha untuk mencari Allahyarham Fizi yang baru genap umur empat tahun pada hari kejadian itu (23 Julai) telah dibantu oleh semua penduduk kampung , pihak polis dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat dari Sandakan’, katanya.

Beliau berkata Kakaknya, Kalidah telah bermimpi pada sebelah malam hari kejadian yang mana adiknya itu terjatuh kerana mengejar sebelah seliparnya yang telah terjatuh ke sungai.

` Saya amat terkejut apabila diberitahu mengenai mimpi itu. Saya tahu allahyarham mesti ketakutan dimarah oleh saya kerana saya sering menasihati allahyarham agar menjaga diri sendiri terutamanya barang-barang milik allahyarham jangan hilang dan badan serta pakaian sentiasa bersih walaupun keluar bermain’, katanya sambil memberitahu kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar diketemukan dengan anak bongsunya itu.

Pada 25 Julai lebih kurang jam 6 pagi , beliau memberitahu semasa ia bersama dua pakcik allahyarham menaiki sebuah bot bagi melakukan pencarian yang menyurusi sungai Kinabatangan tidak jauh dari lokasi kejadian telah didatangi satu perasaan yang mahu melakukan pencarian di seberang sungai berkenaan.

` Semasa menyeberang sungai itu, perahu yang kami naiki telah terlanggar sesuatu dan apabila saya melihatnya iatu adalah mayat allahyarham Fizi berdasarkan baju yang dipakainya’, katanya.

Beliau berkata walaupun ia satu memilukan dan menyayat hati tetapi jenazah allahyarham perlu disempurnakan .

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin meminta keluarga itu agar banyak-banyak bersabar dan berdoa agar arwah allahyarham dicucuri rahmat.

` Kami faham apa yang dilalui oleh keluarga ini kerana mereka sudah berusaha mencari anak keempat mereka itu walaupun terpaksa menerima akikat kehilangannya kerana Allah lebih menyayanginya’, katanya.

Bung Moktar turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga berkenaan bagi meringankan beban mereka.

Turut bersama dalam lawatan itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan Matmin Etin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kinabatangan Basrih Haji Osman, Bendahari Umno Bahagian Kinabatangan Raiyah Rafaie dan para pemimpin di kawasan itu.

tamat