SANDAKAN, 17 Jun -- Pengerusi Biro Aduan Awam UMNO Kinabatangan, Ag Basrih Osman menunjukkan kedua-dua ganggang telefon awam yang tidak berfungsi meskipun dalam keadaan baik ketika ditemui BERNAMA di Kampung Abai Ulu Sungai Sukau di sini, hari ini.
Menurut beliau, telefon itu dipasang sejak tiga tahun lalu, namun ia tidak dapat digunakan kerana telefon yang menggunakan peralatan satelit itu tidak diaktifkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Justeru itu, Ag Basrih memohon supaya telefon itu diaktifkan semula untuk memudahkan penduduk di kampung itu menggunakan kemudahan yang disediakan.
Kampung Abai terletak di pedalaman Sukau Kinabatangan dengan mempunyai lebih 1,500 penduduk yang masih memerlukan keperluan asas seperti telefon awam, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan klinik kesihatan.
-- fotoBERNAMA