KINABATANGAN : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin akan meminta Jabatan Tanah Dan Ukur agar menarik balik permohonan pemilikkan tanah sekiranya pemohon-pemohon tanah di Parlimen Kinabatangan didapati menjual tanah mereka.

Beliau berkata ini adalah satu cara kita membendung penjualan tanah milik penduduk tempatan yang menimbulkan pelbagai masalah di kawasan ini.

` Banyak masalah permohonan tanah berlaku di kawasan parlimen ini yang telah menimbulkan kesulitan kepada rakyat’, katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dengan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah di Kampung Paris 3 , pagi kelmarin.

Bung Moktar turut memberi amaran terhadap penduduk tempatan di kawasan parlimennya yang menjual tanah agar tidak menjual tanah milik mereka sebelum ditarik balik oleh pihak kerajaan.

` Jangan kita menjadi penduduk yang di kawasan ini tidak memiliki tanah akibat sikap tamak dengan menjual tanah miliki mereka kepada orang lain’, katanya.

Mengenai majlis bersama rakyat ini, Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menjelaskan majlis ini diadakan adalah untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di parlimen ini.

` Kita tidak mahu masalah tanah ini berlanjutan dan menimbulkan permasalahan terhadap rakyat yang telah dihadapi oleh mereka sekian lama’, katanya.

Beliau menambah usaha ini dilakukan agar penduduk tempatan di kawasan ini agar dapat menyelesaikan masalah pemilikkan tanah mereka.

` Kita membawa turun padang Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur, Datuk Osman Jamal untuk melihat sendiri masalah tanah penduduk kampung’, katanya.

Bung Moktar berkata kerjasama yang baik dari pengarah jabatan ini adalah amat dihargai dalam usaha kita untuk membantu rakyat yang bermasalah terutamanya mengenai tanah.

` Ini adalah hasrat yang sememangnya dikehendaki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kita menyelesaikan masalah rakyat yang tidak pernah selesai sekian lama’, katanya sambil menjelaskan keutamaan kita adalah untuk rakyat.

Beliau juga kesal dengan setengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap penduduk kampung dan sewwajarnya pihak berkenaan membantu bukannya mengambil kesempatan.

` Oleh itu, agensi kerajaan yang terlibat seharusnya melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membantu rakyat di kawasan ini’, katanya.

Sementara itu, Datuk Osman Jamal yang telah mendengar semua permasalahan itu berkata ini sewajarnya tidak lagi berlaku.

` Masalah merobohkan rumah seperti yang berlaku seharusnya tidak dilakukan kerana pada zaman moden ini lagi’, katanya.

Beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tanah yang diajukan oleh penduduk kampung kepada pihaknya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Latif Kandok, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Jeffry Ariffin, Naib Ketua Umno Bahagian Azman Mastar dan para pemimpin di kawasan berkenaan.

Tamat.