TINJAUAN BERSAMA DATUK BUNG MOKTAR RADIN KE TAMAN PERUMAHAN LPPB
TINJAUAN BERSAMA DATUK BUNG MOKTAR RADIN KE PPRT DI BUKIT GARAM
Agensi kerajaan perlu menyelesaikan segera permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dalam memastikan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutamanya di kawasan luar bandar lebih berkesan.
Setiap permasalahan yang diajukan oleh rakyat perlulah diambil perhatian dan diambil tindakan segera dalam menyelesaikan masalah berkenaan.
Itulah yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semasa membuat tinjauan ke taman perumahan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ,keduanya terletak di Bukit Garam, Kinabatangan yang menghadapi masalah.
Bung Moktar melahirkan rasa kesal dengan pihak yang bertanggungjawab dimana tidak mengambil perhatian yang serius walaupun permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan itu telah diajukan beberapa kali.
` Permasalahan penduduk di taman perumahan LPPB itu yang diajukan adalah kerosakkan yang berlaku tidak diperbaiki, bekalan air walaupun telah dibayar tidak dipasang dan sistem perparitan yang tidak diselenggarkan’, katanya.
Katanya, banyak rumah di taman perumahan LPPB itu yang belum di diami pemiliknya lagi telah mengalami kerosakkan.
Beliau menegaskan dimana perkara ini sewajarnya tidak berlaku sekiranya permasalahan yang diajukan itu diambil perhatian dan tindakan segera oleh agensi berkenaan.
` Manakala permasalahan penduduk di 14 buah rumah PPRT pula dimana tidak memiliki bekalan elektrik dan air bersih walaupun telah siap lebih tiga tahun yang lepas’, katanya.
Bung Moktar menjelaskan 14 keluarga itu telah menduduki rumah PPRT itu tanpa memiliki bekalan air bersih dan elektrik walaupun terletak hanya lebih kurang tiga kilometer dari pekan Bukit Garam.
` Berhampiran tapak perumahan PPRT ini, lebih 15 buah rumah PPRT lagi sedang dalam pembinaan oleh pihak kontraktor yang dilantik’, katanya.
Beliau khuatir dimana nasib yang sama akan menimpah keluarga yang bakal ditempatkan di rumah PPRT yang akan siap lebih kurang tiga bulan lagi itu.
` Perkara ini telah pun diajukan berulang kali kepada pihak berwajib, sewajarnya permasalah di perumahan LPPB dan perumahan PPRT itu telah diselesaikan’, katanya.
Sebelum itu, Bung Moktar meminta rakyat dikawasannya yang menghadapi masalah yang berkaitan agensi kerajaan agar mengajukan maslah mereka itu kepada Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam Umno Bahagian Kinabatangan yang dipengerusikan oleh Pegawai Khasnya, Basrih Haji Osman.
` Biro ini diwujudkan adalah sebagai penghubung rakyat kepada agensi-agensi kerajaan dalam melicinkan tugas-tugasnya sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatangan’, katanya.
Beliau menjelaskan ini adalah sejajar dengan konsep dan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
` Ini bukannya lagi masa kita sebagai pemimpin atau wakil rakyat dan pegawai kerajaan untuk goyang kaki di pejabat, sebaliknya kita turun padang untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan kita’, tegasnya.
Bung Moktar mahu semua biro yang diwujudkan di Umno Bahagian Kinabatangan terutamanya Biro Hal Ehwal dan Aduan Awam ini memainkan peranan dan fungsi masing-masing dalam membantu rakyat di Kinabatangan.
Beliau turut memuji langkah yang dilakukan oleh Biro Hal Ehwal dan Aduan Awa mini yang mewujudkan peti aduan dan blognya sendiri .
` Ini bukan sahaja memudahkan pihaknya mengenalpasti permasalahan rakyat sekaligus mendidik rakyat agar tidak celik Teknologi Maklumat (IT)’, katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Dan Aduan Awam Umno Bahagian Kinabatangan, Basrih Haji Osman berkata rakyat Kinabatangan boleh menghantar aduan dan permasalah mereka ke peti aduan yang disediakan oleh biro ini yang diletakkan di empat lokasi iaitu di Pejabat Daerah Kinabatangan, Majlis Daerah Kinabatangan, Pejabat Daerah Kecil Tongod dan Hospital Daerah Kinabatangan.
` Mereka juga boleh menghantar email ke alamat emal biro ini iaitu biroaduanumnokinabatangan@gmail.com atau melayari blog, http://biroaduanumnokinabatangaan.blogspot.com untuk keterangan lanjut ’, katanya sambil memberitahu dimana aduan juga boleh melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau menghubunginya melalui talian .
Basrih menjelaskan setiap aduan yang dikemukakan akan disiasat kebenarannya sebelum diajukan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan.
TAMAT